SEKIRANYA RUMAH ANDA ADA GANGGUAN SYAITAN DAN SUARA-SUARA HALUS, CUBA AMALKAN DOA INI, INSYA ALLAH ANDA SEKELUARGA AKAN DILINGDUNGI.





**Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
**Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam.Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


**Hadis Nabi yg telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad telah diceritakan bahawa pada mLm hari yg sangat gelap dan turun hujan, para sahabat keluar untuk mencari Rasulullah untuk menjadi imam dalam solat. Setelah berjumpa dengan beliau akhirnya Nabi menyeru kepada para sahabat untuk membaca surah Al-Falaq dan An-Nas sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang hari. Jika seseorang membaca kedua surat ini di pagi dan petang hari maka Allah akan mencukupi segala sesuatu dalam kehidupannya serta Allah akan menjaganya dari segala tipu daya syaitan yang boleh menyesatkan manusia, inilah bacaan pengusir jin dan syaitan yang boleh kita amalkan.


**Di sini ternyata sebenarnya bukan hanya surah Al-Falaq & An-Nas sahaja boleh mengusir syaitan tetapi dalam kitab suci iaitu Al-Qur'an juga masih lagi terdapat beberapa surah yg boleh digunakan utk melindungi diri kita dari syaitan. Berdasarkan hadis Nabi yang telah diriwayatkan oleh Muttafa 'bahawa Rasulullah telah menjelaskan jika seseorang membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah dgn tulus maka Allah akan mencukupi segala sesuatu dari kehidupannya. Makna dari kata mencukupi dalam hadis tersebut terdapat beberapa perbezaan pendapat dari para ulama. Sebahagian ulama mentafsirkan kata mencukupi sebagai mencukupi seseorang dari solat malam, sedangkan ulama lain berpendapat bahawa kata mencukupi bererti Allah akan mencukupi seseorang dari semua kejahatan setan yang selalu mengintainya.


**Ayat suci AL QURAN pengusir syaitan & jin ini juga semakin dikuatkan dGn hadis Nabi yang menerangkan bahawa sebelum langit & bumi diciptakan, Allah telah menurunkan 2 ayat terakhir dari surah Al-Baqarah & jika seseorang membaca 2 ayat tersebut dalam rumahnya maka setan tidak akan mampu untuk mendekatinya hingga 3 malam. 2 ayat ini merupakan ayat yg dapat melindungi kita dari godaan & tipu daya syaitan yg boleh menjerumuskan kita sebagai manusia ke dalam kegelapan.


**Sebagai seorang hamba Allah, kita hendaklah mengamalkan 3 surah itu di waktu pagi & petang kerana Allah akan menjaga kita dari gangguan syaitan yang boleh membinasakan kita kelak


**Surah Al-Falaq, An-Nas, & 2 ayat terakhir dari surah Al-Baqarah merupakan doa pengusir syaitan & jin yg dapat membentengi diri kita dari bahaya syaitan untuk merosakkan kita. Percayalah.. Syaitan tidak hanya menggoda kita dari luar sahaja tetapi syaitan juga sebenarnya dapat membisikkan tipu daya melalui hati kita sehingga banyak diantara kita juga yang terjerumus dlm perangkap syaitan yang akan membinasakan.


**Dengan mangamalkan 3 surah di atas bukan sahaja dapat terhindar dari godaan syaitan, malah kita juga harus memperbaiki kualiti keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dengan selalu meningkatkan ibadah & menjau
**Surah Al-Falaq, An-Nas, & 2 ayat terakhir dari surah Al-Baqarah merupakan doa pengusir syaitan & jin yg dapat membentengi diri kita dari bahaya syaitan untuk merosakkan kita. Percayalah.. Syaitan tidak hanya menggoda kita dari luar sahaja tetapi syaitan juga sebenarnya dapat membisikkan tipu daya melalui hati kita sehingga banyak diantara kita juga yang terjerumus dlm perangkap syaitan yang akan membinasakan.


**Dengan mangamalkan 3 surah di atas bukan sahaja dapat terhindar dari godaan syaitan, malah kita juga harus memperbaiki kualiti keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dengan selalu meningkatkan ibadah & menjauhi hal2 yg dapat menjerumuskan kita ke dalam lembah dosa.


**Inilah 3 surah dalam Al-Quran iaitu Al-Falaq, An-Nas, dan 2 ayat terakhir dalam surah Al-Baqarah, sebaiknya baca dan amalkanlah, kerana syaitan tidak akan masuk ke rumah kita.


**Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Sekian wasallam.







loading...

0 Response to "SEKIRANYA RUMAH ANDA ADA GANGGUAN SYAITAN DAN SUARA-SUARA HALUS, CUBA AMALKAN DOA INI, INSYA ALLAH ANDA SEKELUARGA AKAN DILINGDUNGI."

Post a Comment