Sujud Syukur; Cara Seorang Hamba Menzahirkan Kesyukuran








Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan sewaktu mendapatkan nikmat yang besar seperti sembuh dari penyakit berbahaya, mendapat cahaya mata setelah lama menanti, menemui barang yang hilang ataupun ketika selamat dari bencana.
Sujud syukur juga adalah ibadah sunat selain merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.
“Dari Abu Bakroh, Rasulullah s.a.w jika dikhabarkan perkara yang mengembirakan, Baginda akan bersungkur untuk sujud pada Allah s.w.t.”Hadis Riwayat Abu Daud

#1 – Syarat Sujud Syukur

#1. Tidak perlu menghadap kiblat
#2. Tidak perlu dalam keadaan suci
#3. Tidak perlu berwuduk.
#4. Tidak perlu membaca al-Fatihah atau apa-apa rukun solat, selain daripada niat, takbir, sujud dan salam.

#2 – Cara Sujud Syukur

#1. Niat – ‘Sahaja aku sujud syukur kerana Allah s.w.t’
#2. Takbiratul Ihram – Angkat tangan seperti takbir dalam solat
#3. Satu Kali Sujud – Bacalah ayat yang selalu dibaca semasa waktu sujud dalam solat. Doa yang digalakkan dibaca sewaktu sujud ialah:
“Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.”
#4. Memberi Salam – Sebutlah seperti dalam solat, ‘assalamualaikum warahmatullah…’
Namun terdapat sedikit perbezaan antara beberapa mazhab berkaitan dengan sujud syukur ini, iaitu;
4.1 Mazhab Syafie
Menyatakan sujud syukur adalah sama dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun di dalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja, duduk selepas sujud dan memberi salam.
4.2 Mazhab Hambali
Mazhab Hanbali pula berkata terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
4.3 Mazhab Hanafi Dan Mazhab Maliki
Sujud syukur dilakukan dengan terus sujud tanpa takbir al-ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Menurut ulama Syafie dan Hambali juga, tidak boleh melakukan sujud syukur semasa solat. Jika seseorang melakukan sujud syukur dalam solat, maka batallah solatnya itu. Kecualilah jika dia tidak tahu atau lupa, maka solatnya tidak terbatal.
Oleh itu, Islam turut mengajar umatnya untuk menyatakan kesyukuran nikmat Allah yang terbesar.
Dengan itu, jadikanlah sujud syukur sebagai amalan untuk menyatakan kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah s.w.t atas segala pemberianNya.
Namun, di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. Semoga dengan bersyukur, akan ditambah lagi rezeki dan oemberian oleh Allah s.w.t.







loading...

0 Response to "Sujud Syukur; Cara Seorang Hamba Menzahirkan Kesyukuran"

Post a Comment