
Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.
Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin
Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:
1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.
2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.
4. Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.
5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.
6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.
7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.
.
InsyaAllah berhasil….
Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah

loading...
Related Posts :
KEAJAIBAN SEDEKAH Kenapa Si Mati Lebih Memilih untuk Bersedekah Seandainya Dia Dikembalikan ke Dunia? Sebagaimana firman Allah, “… Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku sed… Read More...
Bagaimana Tuhan Gandakan Rezeki Setelah Bersedekah RM5? Pada suatu tengahari, sedang Jamal menjamu selera di satu restoran dengan seorang kawannya, datang … Read More...
Inginkan Tandas Anda Sentiasa Bersih Dan Bau Harum? Ikut Tips Ini, Mudah dan BerkesanCara Mudah Bersihkan Dan Hilangkan Kotoran Degil Dari Bilik Mandi Dan Tandas. Membersihkan kotoran d… Read More...
9 Tahun Bercinta Dengan Mat Rempit, Gaji Sikit, Solat Berterabur. Lahir Anak Pertama, Apa Yang Dia Lakukan Buat Aku TAKJUB !!Salam warga krt.. Sy cuma nak berkongsi sesuatu yg negatif bertukar jd positif.. Ok, sblm kwen, kami… Read More...
Semua Orang Pernah Minum Air Mineral. Tapi Adakah Semua Orang Tahu Apa Perbezaan Warna Penutup Botol Mineral ? Jangan Terkejut !!! Aku rase xde sorang pun yang xpernah beli atau xpernah minum air mineral. Selalu sangat kan. Tapi p… Read More...
0 Response to "Seksanya Bila Disihir Tanpa Henti, Boleh Amalkan Yasin 7 Mubin Memulangkan Sihir Sebagai Pengajaran Buat Kaki Sihir. Kongsi Pada Yang Memerlukan..."
Post a Comment