Tempat utama bagi seorang wanita setelah mendirikan rumahtangga adalah pada suaminya. Namun, adakah mereka hanya tertakluk pada keluarga yang dibina bersama suami dan anak-anak sahaja? Bagaimana pula kedua ibu bapa yang dahulu membesarkannya? Adakah ditinggalkan begitu sahaja?
Berikut dikongsikan beberapa perkara yang perlu diambil tahu oleh kaum hawa/wanita yang bergelar isteri atau bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga akan datang.
Antara tanggungjawab yang perlu ditekankan oleh kaum wanita setelah berkahwin adalah seperti berikut;
#1 – Mentaati Suami
Syurga bagi seorang wanita yang sudah berkahwin adalah pada suaminya. Oleh itu, taatilah suami dalam apa jua perintahnya asalkan tidak melanggar batas syarak.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Wanita (isteri) solehah adalah mereka yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.”Surah an-Nisa:34
#2 – Meminta Izin, Melayani Dan Memberikan Keperluan Nafkah Kepada Suami
Setiap perkara yang hendak dilakukan juga perlulah meminta keizinan daripada suami kerana isteri itu tanggungjawab penuh bagi suami.
Dan, apa jua kehendak suami hendaklah dituruti asalkan perkara tersebut tidak mendatangkan keburukan sehingga memudaratkan si isteri di kemudian hari. Juga, berikan padanya nafkah sama ada zahir mahupun batin padanya.
Rasulullah s.a.w bersabda;
Rasulullah s.a.w bersabda;
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si istri menolak (enggan) melainkan yang di langit murka terhadapnya hingga si suami redha padanya.”Hadis Riwayat Muslim
#3 – Memberi Pendidikan Kepada Anak-Anak
Seperti lelaki, kaum wanita yang sudah bergelar ibu juga perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak terutama asas pendidikan agama Islam.
Ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anak kerana merekalah yang mengandung dan melahirkan. Hidup ini memang memerlukan panduan dan agama itu adalah jalan untuk memandu kehidupan setiap manusia.
#4 – Bersama Suami Menguruskan Hal Ehwal Rumahtangga
Mengurus hal ehwal atau tugas harian dalam rumahtangga seperti membasuh pakaian, memasak, menyapu, menyidai pakaian dan lain-lain adalah sinonim dengan tugas kaum wanita.
Tetapi, tiada salahnya jika suami juga bersama-sama membantu isteri sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi saw kepada isteri-isteri Baginda.
#5 – Tanggungjawab Kepada Kedua Ibu Bapa Kedua Belah Pihak
Seperti lelaki, kaum wanita juga bertanggungjawab untuk mengambil tahu keadaan kedua ibu bapanya dan mertua. Berkahwin bukanlah alasan untuk isteri tidak menjenguk kedua ibu bapanya dan bukan bermakna hubungannya dengan kedua ibu bapa terputus.
Pastikan keperluan mereka juga turut sama dipenuhi. Selagi ibu bapa masih ada, itulah ladang amal buat kita sebagai anak, sekalipun syurga bagi wanita yang bergelar isteri sudah berpindah kepada suaminya.
#6 – Menyantuni Masyarakat Di Kawasan Sekitar
Sama juga seperti suami, para isteri juga perlulah bergaul dengan masyarakat di kawasan kejiranan. Bukan untuk bergosip, tidak. Tetapi, sekadar untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Siapa tahu jiran sebelah rumah itu sakit dan memerlukan pertolongan dari anda. Dan, anda pula mungkin akan memerlukan pertolongan dari orang sekitar kelak.
#7 – Sentiasa Menambahkan Ilmu Pengetahuan
Kini, terdapat pelbagai medium untuk kita mendapatlkan informasi antaranya melalui media cetak, media elektronik dan sebagainya. Hanya dihujung jari, sudah dapat.
Dalam pembinaan rumahtangga, ilmu pengetahuan mengenainya haruslah dihadam bersama, sebagai contoh ilmu agama, kesihatan, kewangan, masakan, dan apa jua yang berkait dengan ilmu alam rumahtangga. Pastikan sumbernya juga sahih dan tidak diragui.
#8 – Menjaga Maruah Diri Dan Keluarga
Para wanita sama ada yang sudah bergelar isteri atau bakal isteri perlulah menjaga maruah diri dan keluarganya.
Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mencalarkan maruah suami atau keluarga seperti terlibat dengan parti liar, seks bebas, penyalahgunaan dadah, berpakaian menjolok mata dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kaum wanita termasuk penulis sendiri. Perkahwinan adalah satu medan perjuangan yang memerlukan kesabaran, kematangan, keikhlasan, pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang dan hal-hal yang menguji setiap manusia apabila melaluinya.
Perkahwinan juga adalah satu proses pembinaan jati diri untuk menjadi individu yang lebih baik juga bagi menyatukan dua hati yang saling mengasihi kerana-Nya.
Oleh itu, sikap toleransi, berlapang dada, saling membantu perlu diterapkan sejak dari awal sebelum perkahwinan agar masing-masing dapat melengkapi antara satu sama lain. Wallahua’lam.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada Umar ibnu Khattab r.h;
Rasulullah s.a.w bersabda kepada Umar ibnu Khattab r.h;
“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.”Hadis Riwayat Abu Daud
loading...
0 Response to "Tahukah Anda 8 Tanggungjawab Anak Perempuan Setelah Berkahwin?"
Post a Comment