Jadi Bagaimana Cara Mengusirnya?
Ada beberapa cara boleh dilakukan supaya dapat menghilangkannya. Usaha mengusir tikus yang dapat dilakukan dengan pelbagai teknik iaitu boleh dengan menggunakan alat pengusir tikus seperti racun, perangkap tikus, pengusir tikus elektrik, khidmat pembasmi tikus ataupun dengan cara semulajadi.
Namun tak semua orang melakukan cara tersebut, terlebih apabila memakai racun untuk mengusir tikus yang menjengkelkan tersebut, masalah yang dihadapi ialah sewaktu tikus sudah memakan racun tersebut maka tikus akan mati di area yang sukar sehingga menimbulkan bau bangkai dan jika memakai perangkap tikus maka masalah yang dihadapi ialah mesti membuangnya, tentunya hal tersebut sangatlah menjijikkan, bukan?
Bagi yang tidak mahu melakukan kerja-kerja yang agak sukar itu, boleh menggunakan khidmat pembasmi tikus untuk mengusir tikus di rumah. Namun menggunakan khidmat pembasmi tikus harus sanggup mengeluarkan wang lebih.
Sebenarnya, mengusir tikus di rumah boleh dilakukan tanpa racun atau secara semulajadi. Cara membasmi tikus rumah tanpa racun ini tidak mengeluarkan wang banyak. Jadi, inilah cara mambasmi tikus atau cara mengusir tikus di rumah secara semulajadi yang terbukti berkesan.
Sebelum membahas lebih jauh, perlu diketahui tikus ini mempunyai bahaya yang sama seperti nyamuk, tikus pun membawa kesan buruk terhadap kesihatan.
Cara Membasmi Tikus Di Rumah, Praktikal, Semulajadi dan Terbukti Berkesan
Daun ini bukan sahaja memiliki banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh saja, namun daun mint ini menjadi salah satu tanaman pengusir tikus, sebab tikus amat tidak menyukai aroma daun mint.
Belilah 1 atau 2 ikat daun mint, setelah itu ambilah patinya serta larutkan ke dalam air. Apabila sudah larut semburkanlah larutan tersebut ke kawasan yang sering didatangi ataupun dilalui tikus. Sehingga tikus akan menghindari tempat yang diberi larutan mint tersebut, sangat disarankan untuk menanam pohon mint di sekitar rumah sebab lebih berkesan.
Demikianlah cara membasmi tikus atau mengusir tikus di rumah tergolong unik serta semulajadi. Tidak hanya murah saja, tetapi cara membasmi tikus dengan cara tersebut pun sudah terbukti berkesan.
loading...
0 Response to "Siapa Sangka Tikus Boleh Lari Dari Rumah Anda Kerana Bau Daun Mujarab ini. Anda Boleh Mencubanya..."
Post a Comment